MUSLIMAH

Saturday, December 26, 2009

UCAPAN SYUKUR DAN TAKJUB KEPADA NIKMAT ALLAH

SEMUANYA adalah kehendak Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. (al-Kahfi: 39)

Keterangan Ayat

Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang melihat sesuatu yang mengagumkan, maka hendaklah dia membaca ayat di atas ini. Nescaya dia tidak akan memudaratkannya." (riwayat Ibnu Sunni)

Al-Imam Abu Muhammad al-Qadhi al-Hussein menceritakan dalam kitabnya al-Taliq Fil Mazhab bahawa, pada zaman dahulu, seorang nabi yang merasa kagum dengan bilangan umatnya yang ramai lalu dalam sekelip mata seramai 70,000 umatnya telah meninggal dunia.


Lantaran itu, Allah SWT telah mewahyukan kepadanya: "Jika kamu meminta perlindungan Allah dengan membaca doa seperti di atas tentulah Allah akan memelihara mereka."

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, amatlah dituntut ke atas setiap individu yang merasa kagum terhadap nikmat Allah yang dianugerahkan kepadanya seperti kebun, tanah, rumah, harta, keluarga dan anak-anaknya agar membaca doa ini. Semoga dipelihara Allah daripada segala bencana. (al-Wabil al-Sayyib, Bab Zikir dan yang dibaca untuk terus mendapat nikmat)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Amalkan membaca ayat di atas apabila melihat sesuatu yang mengagumkan agar terpelihara daripada kejahatan mata yang tidak disengajakan. (Fathul Bari, baba Memohon Perlindungan Allah daripada Mata yang Jahat. Al-Azkar, Bab Apabila Melihat Sesuatu Yang Menakjubkan pada Diri, Anak atau Harta, Lalu Dia Merasa Takut akan Pandangan Mata yang Jahat)

Monday, December 21, 2009

HALAL DAN HARAM

Rasulullah saw bersabda, maksudnya :"Seseorang tidaklah mengisi kantung yang lebih buruk daripada perut, cukuplah seseorang itu memakan beberapa suap makanan agar boleh menegakkan tulang punggungnya. Jika harus (makan banyak) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk meminumnya, dan sepertiga lagi untuk nafasnya."
(Shahihul Jami' (5674), Syaikh Al-Abani berkata, "Shahih.")

Tuesday, December 8, 2009

MASYA ALLAH

Jangan silap guna ucapan Masya Allah.

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz 'MasyaAllah' ketika berada dalam situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh terlihat gambar-gambar yang tidak elok atau bila anak-anak kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah 'MasyaAllah' bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku 'What Do We Say' by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah 'MasyaaAllah' bila kita melihat 'something nice' seperti melihat bayi/kanak-kanak yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.


Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah 'Astagfirrullahhalazim' (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun 'Innalillah' (Kepada Allah kita kembali).



Moga ada manfaatnya.

Sunday, December 6, 2009

Baru Tahun 5

Budak 11 tahun bersalin pada hari perkahwinan
SOFIA - Belum pun sempat memasuki sekolah menengah, seorang budak perempuan warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova kini bergelar ibu setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.
Malah, Zhelyazkova berbangga kerana bayi itu lahir pada hari perkahwinannya dengan teman lelakinya yang berusia 19 tahun, Jeliazko Dimitrov.
Selepas bermalam bersama bayi seberat 2.6 kilogram yang diberi nama Violeta itu, budak perempuan tersebut kembali menyarung gaun pengantin untuk menyelesaikan upacara perkahwinan yang sebelum ini tergendala.
"Sebelum ini, saya cuma bermain dengan alat permainan tetapi kini bayi ini adalah permainan saya yang baru. Saya perlu lebih matang. Saya kini seorang ibu," katanya ketika berada di sisi suaminya di hospital berkenaan.
Keluarga Zhelyazkova gembira dengan kelahiran anggota baru keluarga mereka.
Zhelyazkova yang merupakan ibu paling muda di ibu kota Bulgaria itu hamil dua minggu selepas menyambut hari jadinya yang ke-11. - Agensi

Friday, December 4, 2009

TAZKIRAH TOK KETUA

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW., sabdanya: ”
Ada seorang lelaki berkata, “Aku hendak bersedekah malam ini.” Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, “Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, “Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula, “Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya :”Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.”[HR Muslim]

TN HJ NORDIN HJ YUSOF (KETUA PAS CAWANGAN CHABAU)

Berdasarkan hadis ini jelas sekali kepada kita bahawa sedekah kita tetap diterima oleh Allah seandainya ada keikhlasan di atas apa yang disedekahkan oleh kita. Sesiapa pun yang menerima sedekah kita tidak menjadi masalah, walaupun mungkin pada pandangan nilaian mata manusia sedekah yang kita lakukan berlaku di luar adat manusia. Tetapi bila kita membaca mafhum hadis ini jelas sekali apabila kita timbul niat untuk bersedekah, maka jangan kita berfikir panjang kepada siapa dan berapakah jumlahnya yang akan kita keluarkan untuk bersedekah.

Lelaki yang disebut di dalam hadis ini tidak menghiraukan apa jua perkataan yang keluar walaupun sedekah yang dikeluarkan tidak menepati nilaian mata manusia, namun apa yang lebih penting ialah nilaian amal kebajikan di sisi Allah SWT.

Jadilah golongan yang memberi kerana kedudukannya jauh lebih mulia berbanding mereka yang menerima. Allah SWT amat memuliakan golongan yang memberi ini, tetapi seandainya mereka memberi tetapi dalam keadaan si penerima tidak redha dan merasa benci dengan pemberian dan sedekahnya kerana wujud kejian dan kata-kata yang tidak baik, maka adakah ianya mendapat rahmat di sisi Allah? Mudah-mudahan amal baik kita ini diterima oleh Allah SWT.

DAFTAR SKIM PENYAYANG

Assalamualaikum,
Muslimat Chabau menyeru ahli-ahli PAS khususnya muslimat supaya mendaftar dalam skim Takaful Penyayang PAS Melaka.

BERSAMA MUSLIMAH CHABAU

Assalamualaikum.
Muslimat yang di rahmati Allah, Muslimat pas chabau akan bersama anda di alam siber untuk sama-sama meneroka maya .Semoga kehadiran Muslimah Chabau akan memeriahkan lagi berita semasa Insyallah